1.0 Maksud
falsafah
Pada
asalnya, perkataan falsafah ini berasal daripada istilah Yunani, iaitu Philo (cinta) dan Sophos (hikmat, kebijaksanaan). Perkataan ‘cinta’ melibatkan
kesungguhan, kedalaman perasaan, sentuhan hati, jiwa dan raga sekaligus memberi
tindakbalas yang tekad terhadap objek yang dicintai, manakala perkataan
‘hikmah’ pula mengandungi pengertian yang berhubung dengan pengetahuan,
pengalaman hidup dan keupayaan membezakan nilai. Hikmah dari pengertian yang
disebutkan tadi berhadapan dengan persoalan yang tidak berkesudahan. Bersumberkan
pandangan ahli-ahli sejarah menyatakan bahawa Pythagoras yang berasal daripada
Yunani ataupun lebih dikenali sebagai Greece
masa kini adalah orang yang pertama sekali mengasaskan dan menggunakan
istilah falsafah. Ini dapat dilihat melalui perkataan beliau yang menyebut,
“Aku
bukan hakim (sang hikmah) tetapi aku hanyalah pencinta hikmah”.( http://id.wikipeda.org/wiki/Socrates)
Tetapi ada juga yang
menyatakan bahawa Socrates adalah orang yang mula-mula menggunakan perkataan
falsafah. Beliau mengkelaskan dirinya sebagai philosophos yang berbeza daripada golongan Sophist (Sophisme/ Sufasta’iy yin) yang diasaskan oleh Pythagoras
dan menisbahkan kepada mereka dengan gelaran hukama’. Maka Socrates berkata :
“Aku
bukan sufist (hakim) tetapi hanyalah filusufus iaitu pencinta kepada hikmah”.(
http://id.wikipedia.org/wiki/Socrates)
Falsafah utama Sophisme beranggapan bahawa segala sesuatu itu berubah-ubah dan
tidak tetap, maka kebenaran hakiki tidak tercapai dan tidak akan tercapai. Oleh
itu, Socrates mendefinisikan falsafah sebagai satu ilmu untuk mencari sebab dan
kebenaran kepada punca sesuatu dalam kehidupan praktikal. Tambahan, falsafah
itu adalah usaha untuk memperbaiki manusia melalui prinsip moral daripada kebersihan
fikiran menjadikan dua elemen ini iaitu pembaikan moral dan kebersihan fikiran
tidak dapat dipisahkan. Ini kerana dengan timbulnya kebersihan fikiran maka
secara tidak langsung akan terbentuknya kebaikan manusia.
Menurut pengertian falsafah secara
secara masyhurnya ialah berfikir. Erti kata berfikir secara falsafah itu haruslah
mempunyai 3 ciri-ciri iaitu; pertama, berfikir secara radikal yang membawa
maksud berfikir secara mendalam hingga ke akar umbi atau asal-usulnya dan
hakikatnya. Kedua, berfikir secara universal atau menyeluruh berdasarkan
pengalaman manusia yang umum dan tidak terbatas dengan ilmu sahaja. Ketiga,
berfikir secara integral, iaitu berpadu secara lengkap dengan mana-mana yang
ada.
Dari segi sejarah pula, pada awalnya
falsafah merupakan induk segala ilmu pengetahuan. Daripada falsafah tersebut
lahirlah cabang-cabang ilmu contohnya seperti matematik, sains dan lain-lain.
Sebaliknya berlaku apabila kemajuan ilmu berkembang menjadikan falsafah sebagai
cabang ilmu. Namun fungsi asal falsafah tidak berubah sebagai penyelesai
sesuatu masalah yang tidak dapat dijawab oleh keterbatasan bidang ilmu.
Ahli-ahli
pimikir pada zaman klasik Greek yang
mengkaji asas-asas persoalan mengenai bumi dan kewujudan manusia menggelarkan
diri mereka sebagai philosophi,
“pencinta hikmah”. Mereka gemar berfikir tentang bagaimana sesuatu kejadian
atau kewujudan sesuatu perkara yang ada di sekeliling dan alam semester, tujuan
hidup, dan mempersoalkan maksud daripada “kebaikan” dan “keburukan”. Dalam
mencari sesuatu hikmah, mereka tidak berpandukan sumber agama mahupun budaya
tradisi untuk mecari jawapan tetapi sebaliknya mereka lebih kepada penggunaan
akal dan bukti berdasarkan pengalaman hidup mereka dan akhirnya membentuk suatu
hipotesis yang baru. Walaubagaimanapun, terdapat segelintir ahli falsafah Greek yang percaya bahawasanya tidak
semua persoalan yang berbangkit akan menemukan jawapan yang tepat, akan tetapi
bagi mereka mencari sesuatu hikmah adalah sangat penting. Salah satu contoh
ahli falsafah yang yakin akan kepentingan falsafah ini ialah Socrates, Dia menyatakan bahawa:
“The
unexamined life is not worth living for a human being”. (Arthur Kenyon Rogers:1971)
Dari sudut pandangan ‘ilmiyyahnya, Islam mempunyai premis
yang tersendiri tentang ilmu, kaedah berfikir, matlamat berfikir, dan proses
penajaan ilmu untuk mencapai tahap kebahagiaan diri, masyarakat, dan negara
keseluruhannya. (Mohd Yusof Othman 1998). Oleh itu, jelaslah bahawa ilmu itu
sangat penting dalam kehidupan manusia. Seperti firman Allah s.w.t di dalam
Surah Az-Zumar ayat 9:
“Katakanlah:
Adakah sama orang-orang yang berilmu dengan orang-orang yang tidak berilmu?”
2.0 Riwayat
hidup Socrates
Socrates
berasal dari Athena, Yunani merupakan
anak kepada seorang pengukir dan pemahat
patung batu (stone mason) yang
bernama Sophroniscus dan ibunya, Phaenarete yang merupakan seorang bidan.
Beliau lahir pada 469/470 SM di Deme Alopece,
Athena dan akhirnya meninggal pada tahun 399 SM semasa usianya dalam
lingkungan 71 tahun akibat dihukum mati dengan dipaksa meminum sejenis racun Hamlock. Socrates telah berkahwin dengan
seorang perempuan yang juga berbangsa Athens
bernama Xanthippe dan dikurniakan 3 orang cahaya mata yang diberi nama
Menexenus, Lamprocles dan Sophroniscus. Beliau mendapat pendidikan awal di Athena. Dari segi penampilan
pula,dikatakan Socrates bukanlah seorang yang tampan, sangat zuhud dalam
berpakaian, tidak memakai alas kaki dan
mendatangi penduduk-penduduk Athena untuk berdiskusi berkenaan falsafah.
Pada awalnya, beliau bukanlah
seorang ahli falsafah tetapi dengan terjadinya peristiwa muncul suara ghaib
yang didengar oleh rakannya dari Oracle
Delphi yang menyatakan bahawasanya Socrates adalah orang yang paling bijak
dan tiada sesiapa dapat menandinginya. Tetapi, Socrates menafikan suara ghaib
tersebut lalu dia membuat keputusan untuk berjumpa dengan orang-orang yang
dianggap bijak oleh masyarakat Athena pada
ketika itu serta membincangkan berbagai masalah kebijaksanaan. Namun, orang-orang
yang dianggap bijak pandai dalam masyarakat Athena
tidak dapat menjawab segala persoalan yang dikemukakan oleh Socrates.
Akhirnya, beliau mengiyakan suara tersebut bahawa dirinya seorang yang bijak
kerana merasakan dirinya tidak bijak, sedangkan mereka yang dianggap bijak pada
dasarnya langsung tidak mengetahui apa-apa.
Disebabkan peristiwa itu, Socrates tidak
disenangi oleh golongan aristokrat (bangsawan) yang kebanyakannya daripada
golongan yang berpegang pada ajaran Sophisme.Golongan
Sophist ini mula merasa tergugat kerana timbulnya
fahaman baru yang dibawa oleh Socrates kononnya telah merosakkan fikiran
generasi muda .Tambahan pula, beliau merupakan seorang yang berhati mulia dan
amat disenangi oleh masyarakat sekeliling. Oleh kerana rasa sakit hati golongan
Sophist terhadap Socrates mereka
telah memfitnah dan menghasut golongan aristokrat supaya menjatuhkan hukuman mati
kepada Socrates. Akhirnya Socrates meninggal dunia akibat dipaksa meminum racun
jenis Hamlock.
Socrates merupakan salah seorang
ahli falsafah yang terkemuka di Yunani. Beliau juga pernah dilantik sebagai
mahaguru di Athena untuk mengajarkan
ilmu falsafah. Filasafat Socrates mempunyai 2 orang anak murid yang hebat dikenali
sebagai Plato dan Xenophone. Selain itu, Socrates merupakan pengasas ilmu
akhlak. Semasa hayatnya, beliau tidak pernah meninggalkan karya tulisan
melainkan sumber pemikiran beliau yang diceritakan di dalam karya anak muridnya
sendiri, Plato. Terdapat 2 karya Plato
yang kebanyakannya berbentuk dialog yang menggambarkan Socrates iaitu The Apology of Socrates dan Phaedrus.(Ahmad Sunawari Long:2008) Dalam karya tersebut, Plato
menggunakan nama Socrates sebagai tokoh utama dan hanya menukil nama beliau
sebanyak 3 kali di dalam buku beliau.
Antara sumbangan terbesar Socrates
kepada bangsa Yunani ialah keberaniannya seperti yang ditulis di dalam buku ‘Peradilan Socrates’ karya I.F Stone. Hal
ini terbukti apabila beliau pernah menyertai peperangan di Athena. Semasa di medan peperangan beliau menjadikan keberanian
sebagai keutamaan untuk menghadapi pihak lawan. Selain itu, beliau juga berani
mempertahankan kebebasan berfikir dan keagungan kebenaran sehingga nyawanya sendiri tergadai.(I.F Stone:1988) Hal
ini dapat dilihat ketika zamannya telah lahir golongan Sufustai’yyun yang membawa konsep penilaian baik serta buruk itu
melalui pancaindera dan akal pemikiran semata-mata.
Namun, falsafah Socrates amat
bertentangan sekali dengan golongan Sufustai’yyun.
Lantaran itu, beliau bertindak menentang pendapat golongan tersebut dengan
mengemukakan kepakaran berhujah dan berdebat. Socrates juga merupakan seorang yang amat
menyintai ilmu pengetahuan dan kebenaran. Hal ini dapat dibuktikan apabila
beliau berusaha mencari kebenaran melalui kaedah-kaedah falsafah.
Justeru,beliau telah mekakukan perubahan dan pembaharuan didalam ilmu falsfah
khasnya agar ia selari dengan pemikiran yang benar. Oleh kerana falsafah yang
dibawa oleh beliau, Socrates dituduh melakukan dua jenayah politik oleh
pemerintah Yunani iaitu tidak menghormati tuhan yang sedia disembah oleh bangsa
Yunani dengan memperkenalkan tuhan yang baru dan kedua-duanya dituduh merosak
pemikiran generasi muda Yunani kerana memperkenalkan teknik pemikiran baru. Kedua,
beliau merupakan titik pemisah corak pemikiran Yunani sehingga muncul istilah
Pra-Socrates dalam sejarah perkembangan falsafah. Falsafah sebelum beliau
adalah falsafah yang hanya memberi fokus kepada persoalan alam dan mencari
jawapan terhadap alam semula jadi. Beliau mengubah keadaan ini menjadikan
falsafah sebagai ciri penting dalam pendidikan etika dan kehidupan spiritual juga
menghunbungkannya dengan sains, matematik dan astronomi.(Ahmad Sunawari
Long:2008)
3.0 Falsafah
Socrates
Di
dalam ilmu mantik yang dibawa oleh Socrates, beliau banyak menggunakan logik
akal dan pemikiran yang benar khusunya
ketika memikirkan tentang fenomena alam dan cakerawala. Ajaran bahawa semua
kebenaran itu relatif telah menggoyahkan
teori-teori sains yang mapan menggoncangkan keyakinan dalam agama. Hal ini
telah menyebabkan berlakunya kebingungan dan kekacauan terhadap keyakinan agama
dalam masyarakat. Seterusnya beliau membuat kesimpulan bahawa adanya Pencipta
mutlak. Untuk itu,Socrates harus bangkit untuk menyedarkan dan meyakinkan
masyarakat Anthena bahawa tidak semua
kebenaran yang umum dapat dipegang oleh semua orang kerana sebahagian kebenaran
memang relatif. Beliau berusaha menyeru masyarakat supaya mempercayai kewujudan
hanya satu tuhan.
Pemikiran yang dibawa oleh Socrates
ini adalah tidak bertentangan sama sekali dengan ajaran Islam. Hal ini kerana
dalam Islam semua ilmu dianggap bersumberkan daripada yang satu dan untuk
tujuan yang satu, yakni datang dari Allah s.w.t dan bertujuan untuk beribadah
kepada-Nya. Konsep kesatuan ilmu ini dikenali sebagai konsep tauhid. Filsafat
Socrates dalam mencari kebenaran sama seperti kisah Nabi Ibrahim yang
diceritakan di dalam Al-Quran , Surah
al-An’aam ayat 76-79 yang berbunyi:
“Maka,
ketika malam telah gelap dan melihat bintang, berkatalah dia: ‘Inilah tuhanku’. Ketika bintang pun tenggelam,
Ibrahim pun berkata: ‘Aku tidak menyukai
sesuatu yang tenggelam’. Ketika melihat bulan terbit, dia pun berkata: ‘Inilah tuhanku’. Saat
diketahui bulan pun terbenam, dia kembali berkata:
‘Sungguh, jika Tuhanku tidak menunjuki aku, tentulah aku menjadi kaum yang sesat’. Demikian pula sewaktu dia
melihat matahari terbit, dia pun berkata:
‘Ini tuhanku. Ini lebih besar’. Ketika matahari juga tenggelam, dia berkata: ‘Wahai kaumku, aku terlepas
dari apa yang kamu persekutukan’. ‘Sesungguhnya
aku menghadapkan diriku kepada Tuhan yang menciptakan langit dan bumi. Aku condong kepada kebenaran, dan bukanlah aku
termasuk orang yang mempersekutukan
Allah.’
Dalil ini menguatkan lagi pemikiran
yang dibawa oleh Socrates yang berusaha dalam mencari kebenaran dan menyeru
masyarakat supaya mempercayai wujudnya hanya satu tuhan. Hal ini jelas
membuktikan bahawa fitrah manusia untuk mencari siapakah yang mencipta bagi
setiap kejadian di dunia ini.
Socrates juga berbicara tentang
keadilan. Menurutnya, keadilan adalah melaksanakan apa yang menjadi fungsi/pekerjaan
sendiri sebaik-baiknya tanpa mencampuri fungsi atau pekerjaan orang lain (the practice of minding one’s own
bisuness). Keadilan akan datang sekiranya melakukannya secara baik
bersesuaian dengan kemampuan dan kerjasama dan keserasian sesuatu kelompok.
Berdasarkan rumusan Socrates tentang adanya kesejajaran antara cara hidup atau
jenis manusia dan jenis masyarakat, beliau membezakan jenis manusia (jiwa
manusia dan cara hidup) kepada tiga, iaitu petama, akal budi, kedua, semangat
dan yang ketiga, nafsu. Ketiga-tiga jenis itu akan mencapai tahap klimaksnya di
bawah kawalan akal budi dan kemudian keadilan dalam masyarakat akan wujud
apabila masyarakat melakukan secara baik bersesuaian dengan kemampuan dan
dengan arahan dari akal budi.
Manakala, Socrates membahagikan
kategori masyarakat kepada tiga kelas iaitu yang pertama, pedagang yang bekerja
mencari mencari wang sebanyak-banyaknya (nafsu). Kedua, prajurit yang bekerja
memelihara tata masyarakat (semangat) dan ketiga, filosof yang berfungsi
sebagai penguasa (akal budi).
Falsafah Socrates merupakan falsafah
yang amat mudah diaplikasikan oleh masyarakat awam. Hal ini keerana filsafat
Socrates berkisar tentang kehidupan kita sehari-hari. Setiap lapisan masyarakat
dapat mengaplikasikan filsafat yang dibawa oleh beliau kerana tidak ada istilah
sukar yang ditemukan dalam kegiatan berfilsafatnya.
Sebab utama yang membuktikan bahawa
setiap manusia boleh berfilsafat ialah semua orang memiliki kehidupan. Namun,
belum tentu kehidupan di dunia ini dapat dijalani dengan baik oleh setiap insan
sehingga boleh mencapai makna kebahagiaan. Kehidupan manusia dapat
dikategorikan kepada 2 jenis iaitu, yang pertama ialah manusia yang terpaksa
menjalani kehidupan dan yang kedua ialah manusia yang terikut-ikut dengan
pengaruh persekitaran. Manusia yang duduk dalam kelompok ini tidak dapat
mencapai makna kebahagiaan dalam kehidupan mereka. Tujuan falsafah ini
adalah untuk melahirkan kesedaran hidup yang baik dari diri setiap insan dan
juga orang lain yang berada di sekeliling kita. Setiap apa yang berlaku dalam
masyarakat manusia itu juga merupakan tanggungjawab semua. Oleh yang demikian, perbincangan antara Socrates dan muridnya
menekankan tujuan hidup yang baik amat penting bagi sesiapapun. Menurut
Aristoteles iaitu salah seorang anak murid Socrates, orang yang tidak mempunyai kota, sama seperti “kepingan
buah dam yang sendirian di papan permainan”.
Sekeping buah dam yang sendirian tidak dapat berfungsi.
Ia hanya bererti bila dihubungkan dengan kepingan yang lain. Metafora ini
digunakan untuk menggambarkan hidup ini
menyiratkan bahawa manusia memperoleh pemenuhan diri hanya bila berada di dalam
sebuah masyarakat dan akhirnya individu boleh menemukan kehidupan yang baik dengan adanya komunikasi dan
pergaulan lain.
Alasan yang
kedua pula ialah semua orang memiliki kegelisahan dalam kehidupan. Apa yang dimaksudkan dengan kegelisahan di sini
ialah semua orang memiliki masalah dan ketidakpuasan dalam kehidupan sehari-hari. Namun rasa
ketidakpuasan ini jarang diungkapkan kerana seringkali kita menganggapnya
sebagai masalah kejiwaan yang biasa dialami oleh setiap makhluk yang bergelar
manusia. Justeru,ianya tidak pernah dipersoalkan dan tidak memikirkan
tentangya. Lama-kelamaan ketdakpuasan itu terus menumpu
dan menghasilkan kesedaran yang palsu dan jadi teramat pemarah tanpa
sebab yang jelas. Hal ini adalah kerana rasa ketidakpuasan itu terpendam dalam
jiwa tanpa dapat menemukan cara pembebasannya dan cara untuk diekspresikan.
Pada saat itulah muncul emosi-emosi yang tidak dapat dikawal dan tidak jelas
sebabnya.
Seterusnya alasan yang ketiga ialah
semua orang memliki pertanyaan terhadap dunia kehidupan. Mereka juga memiliki
sejumlah gagasan dan impian tentang
bagaimana cara hidup yang bahagia. Metod Socrates ini memerlukan kejujuran
terhadap apa yang dialami, dipikirkan dan dilakukan untuk dikemukakan dalam
bentuk pertanyaaan-pertanyaan dan rumusan-rumusan sederhana. Metod Socrates ini
tidak memerlukan pertanyaan yang sukar atau jawapan yang ilmiah. Namun,jawapan
yang baik adalah jawapan yang berasal dari pengalaman dalam kehidupan. Kalau
dipandang sepintas lalu, Socrates tidaklah banyak perbezaan dengan kaum Sophis. Akan tetapi, ada
perbezaan yang amat penting antara Socrates dengan kaum Sophis iaitu Socrates
memulai filsafatnya dengan bertolak dari pengalaman sehari-hari sedangkan kaum
Sophis pula menjawab pertanyaan hanya dengan berdasarkan teori. Ini amat
ditentang oleh Socrates.(Mohd Yusof Othman:1998)
4.0 Teori
Dialektika
Pemikiran
awal kritis sebetulnya sudah dimulai pada zaman Yunani kuno. Ini pertama kali
diperkenalkan oleh Socrates dengan metod Socratesnya (Socratic method). Metod
ini merupakan suatu cara berfikir di mana untuk memulai suatu perbincangan
(diskusi) diawali dengan sebuh pertanyaan. Teori Dialektika merupakan sebuah
teori komunikasi yang menyatakan bahawa hidup berhubungan dicirikan oleh
ketegangan-ketegangan atau konflik di antara individu. Konflik tersebut terjadi
ketika seseorang mencuba memaksakan keinginannya terhadap sesuatu yang lain.
Menurut pendapat Socrates ada kebenaran objektif yang tidak bergantung pada
sesiapapun. Ini adalah pusat permasalahan yang dihadapi oleh Socrates. Untuk
membuktikan adanya kebenaran objektif, Socrates menggunakan metod tertentu.
Metod itu bersifat praktikal dan dijalankan melalui percakapan dan
perbincangan. Metod ini menganalisis pendapat tentang sesuatu samada benar atau
tidak benar. Misalnya ia bertanya kepada
negarawan, hakim, tukang kayu dan lain-lain.(Arthur Kenyon Rogers:1971)
Menurut Xenophon, iaitu salah
seorang anak didik Socrates, ianya mengenai pertanyaan tentang salah dan tidak
salah, adil dan tidak adil, berani, pengecut dan lain-lain. Socrates selalu
menganggap bahawa jawapan pertama sebagai hipotesis dan dengan jawapan-jawapan yang
lebih lanjut dan menarik yang dapat disimpulkan dari jawapan-jawapan lain.
Sering kali percakapan dan perbincangan itu berakhir dengan kebingungan. Akan
tetapi tidak semua dialog itu menghasilkan definisi yang dianggap berguna.
Socrates sering mengajukan persoalan-persoalan yang baru untuk mendapatkan
jawapan bagi setiap persoalan. Buktinya ialah beliau berdialog dengan
pemuda-pemuda di Athena. Dia sering mengajukan persoalan-persoalan
seperti:
“Jikalau aku ingin memperbaiki kasut, kepada
siapa aku harus pergi?”
Terhadap
mana-mana pemuda yang tidak pintar, mereka akan menjawab,
“Seorang tukang kasut, wahai Socrates”.
Lalu beliau akan meneruskan persoalannya
kepada tukang kayu, tukang logam, dan akhirnya akan menanyakan perkataan yang
serupa,
“Siapa
yang harus memperbaiki bahtera Negara?”
Metod
yang biasa digunakan oleh Socrates ini dikenali sebagai metod Dialektika.(I.F
Stone:1988)
Dialektika bererti bercakap-cakap
dan berdialog. Metod Socrates dinamakan Dialektika kerana dialog merupakan unsur-unsur utama dan
mempunyai peranan penting di dalamnya. Plato, iaitu anak murid kepada menyedari
bahawa setiap masalah-masalah sukar yang dihadapi manusia tidak mungkin ada
jalan penyelesaian yang sempurna. Oleh sebab itu, karya-karya penulisan beliau banyak
terhasil dalam bentuk dialog dan perbualan. Kerumitan masalah kebenaran
memerlukan kebebasan yang lebih luas, yang mungkin hanya terdapat di dalam
pemikiran dialektika. Menurut Plato, dialektika ini adalah unsur penting yang
harus ada dalam pemikiran falsafah.
Kata Socrates lagi, Namun, bagi kita
masyarakat yang sudah biasa menggunakan definisi kemungkinan merasakan definisi
itu bukanlah sesuatu yang penting, jadi ia bukanlah satu penemuan yang berharga
untuk kita. Akan tetapi bagi Socrates, penemuan definisi pada waktu itu
bukanlah kecil maknanya. Penemuan inilah yang akan dihentamkannya kepada
relatifisme kaum Sophis. Hal ini adalah kerana orang Sophis beranggapan bahawa
semua pengetahuan adalah relative kebenarannya dan tidak ada pengetahuan yang
bersifat umum. Dengan definisi itu, Socrates dapat membuktikan kepada orang
Sophis bahawa pengetahuan yang umum itu adalah definisi. Jadi orang Sophis
tidak semuanya benar. Yang benar ialah sebahagian pengetahuan bersifat umum dan
sebahagian bersifat khusus. Keperluan
terhadap Dialektika bermula dengan sikap seseorang yang ingin memahami dirinya
dan kemudian melahirkan perasaan betapa perlunya membuat jangkaan awalan (presupposition) terhadap sesuatu idea.
Jangkaan ini merupakan sebarang andaian yang bersifat rasional ke atas sebarang
pandangan yang didukung.
Soal jawab yang dilakukan meningkat
dan mendalam akan melahirkan fikiran yang kritis. Dalam mencari kebenaran,
Socrates menggunakan hobinya, yakni dengan bertanya. Beliau akan bertanya
kepada sesiapa, kemudian memahami dengan baik setiap pertanyaan yang beliau
ajukan. Kaedah ini dikenali sebagai metod induksi dan definisi. Induksi menjadi
dasar definisi. Induksi yang dimaksudkan oleh Socrates ialah dengan
membandingkan secara kritis. Material yang dibandingkan adalah hasil daripada
pertanyaan-pertanyaan yang telah beliau kumpulkan.
Menurut Socrates lagi, orang yang
berpengetahuan dengan sendirinya mempunyai budi yang baik. Apabila budi adalah
tahu, seseorang akan membuat keputusan yang benar, manakala jahatnya orang yang
tidak mengetahui kerana salah menilai dan membuat sesuatu keputusan. Namun,
jika dilihat pada era globalisasi, ternyata tidak hanya yang tidak tahu itu
jahat, bahkan yang tahu itu boleh menjadi lebih jahat daripada yang tidak tahu kerana
mereka boleh memanipulasi dan mencari helah daripada apa yang mereka ketahui.
Justeru itu, kejahatan dari orang-orang yang berpengetahuan inilah yang lebih
bahaya.
5.0 Teori Retorika
Retorika
atau dalam bahasa inggerisnya rhetoric berasal dari bahasa Latin rhetorica
yang bererti ilmu bicara. Menurut Cleanth Brooks dan Robert Penn
Warren,mereka mendefinisikan retorika sebagai The Art of Using Language
Effectively atau seni penggunaan bahasa secara efektif. Pengertian tersebut
menunjukkan bahawa retorika mempunyai pengertian sempit iaitu mengenai bicara
dan pengertian luas iaitu penggunaan bahasa,lisan dan juga tulisan. Oleh sebab
itu,ada sesetengah orang yang mengertikan retorika sebagai public speaking atau
berpidato di depan khalayak ramai dan banyak juga yang beranggapan bahawa
retorika bukan hanya bererti pidato di depan umum,tetapi juga termasuk seni
menulis.(filasafus.blogspot.com/2011/retorika)
Berkaitan dengan sejarah wujudnya
retorika,ahli falsafah berpendapat bahawa retorika sudah wujud sejak manusia
ada. Akan tetapi,retorika yang lebih khususnya ialah seni dalam berbicara yang
sudah dipelajari mulai abad ke-5 S.M ketika kaum Sophis mengembara dari satu
tempat ke satu tempat yang lain untuk mengajarkan pengetahuan mengenai politik
dan pemerintahan dengan memberi penekanan terutamanya pada kemampuan berpidato.
Menurut kaum Sophis,pemerintah haruslah berdasarkan suara majoriti atau
demokrasi sehingga perlu adanya usaha memujuk rakyat demi meraih kemenangan dam
pemilihan-pemilihan. Maka bermulalah perkembangan dalam seni berpidato yang
membenarkan kenyataan diputar belitkan kebenarannya demi mencapai tujuan.
Retorika menjadi bertambah penting
pada negara-negara kota yang mengamalkan oligarki dan demokrasi menjalankan
pemerintahan sendiri. Lembaga utama dalam sistem ini adalah majelis,tempat
hukum atau undang-undang dibuat,dan pengadilan yang merupakan tempat hukuman
dilaksanakan dan dipraktikkan. Warga kota,golongan bangsawan dan rakyat jelata
harus belajar berbicara dan berhujah dengan baik supaya dapat melindungi
kepentingan mereka di majelis dan di pengadilan. Kecekapan berbicara dan
berhujah menjadi aspek penting dalam politik. Situasi itu mendorong terbitnya
buku pedoman berpidato yang pertama,sementara latihan berpidato banyak diselenggarakan.
Semua ini dirakam dalam sebuah pecahan dari karya Aristotles yang hilang.(I.F
Stone:1988)
Kaum sophis juga berpendapat bahawa
manusia adalah ‘makhluk yang berpengetahuan dan berkemahuan’. Manusia mempunyai
penilaian sendiri mengenai baik atau buruknya sesuatu perkara dan mempunyai
nilai-nilai etikanya yang tersendiri. Oleh kerana itu,kebenaran sesuatu
pendapat hanya dapat dicapai apabila seseorang dapat menerangkan pendapatnya
terhadap orang lain yang berbeza pendapat dengannya. Jadi,tidak hairanlah
sekiranya masyarakat Yunani melatih diri mereka untuk memperoleh kemahiran
dalam berbicara sehingga inti pembicaraan berubah dari tujuan untuk mencari
kebenaran kepada mencari kemenangan.
Tokoh aliran sophisme ini ialah
Georgias (480-370 S.M) yang dianggap sebagai guru retorika yang pertama dalam
sejarah manusia. Filsafat mazhab sophisme ini dicerminkan oleh Georgias yang
menyatakan kebenaran sesuatu pendapat hanya dapat dibuktikan jika mencapai
kemenangan dalam pembicaraan. Walaubagaimanapun,Phytogoras (500-432 S.M) dan
Socrates (469-399 S.M) berbeza pendapat dengan apa yang dikatakan oleh
Georgias. Phytogoras berpendapat bahawa kemahiran berbicara bukan sahaja demi
kewangan melainkan demi keindahan bahasa. Sedangkan bagi Socrates pula retorika
adalah cara untuk mencari kebenaran dengan menggunakan teknik berdialog kerana
dengan berdialog kebenaran akan timbul dengan sendirinya. Ini dapat dibuktikan dalam
Gorgian,dialog Plato yang paling kelewat batas,Socrates begitu memandang
hina retorika yang dipraktikkan di Athen sehingga tiada seorang pun dari
muridnya yang mahu memanfaatkannya. Socrates juga mengatakan kepada Gorgian
yang merupakan salah seorang guru pidato termahsyur di zamannya bahawa retorika
bukanlah pencarian seni,melainkan pertunjukan dari golongan bangsawan. Socrates
juga mnyimpulkan para pemidato “seperti para penyair” yang memuaskan
rakyat,namun mengorbankan nasib orang kebanyakan demi kepentingan diri sendiri.
Seandainya ia berasal dari tokoh yang kurang dihormati,maka pidato tersebut
tentu akan dicap sebagai hasutan antidemokrasi. Apa yang dimaksudkan di sini
ialah,Socrates tidak bersetuju dan tidak gemar menyelesaikan sesuatu masalah
dan perkara dengan bepidato,tetapi beliau lebih suka menggunakan teknik
berdialog antara satu sama lain.(I.F Stone:1988)
6.0 Penutup
Kesimpulannya, teori Dialektika dan Retorika yang
diperkenalkan oleh Socrates telah memberi sumbangan yang besar kepada
masyarakat Yunani khasnya. Hal ini kerana pemikiran dan falsafah yang di bawa
oleh Socrates ini telah mengubah cara hidup dan cara berfikir masyarakat Yunani
yang ketika itu hanya mengambil secara bulat-bulat ilmu yang disampaikan oleh
golongan Sufusta’iyyun yang sebenarnya banyak melakukan penyelewengan dengan
cara menggunakan bahasa yang mengelirukan untuk memesongkan fikiran masyarakat.
Teori Dialektika misalnya, telah mengajar masyarakat Yunani untuk berfikir dan
berusaha mencari kebenaran dengan cara berdiskusi atau perbincangan yang
diawali dengan sebuah pertanyaan. Falsafah ini secara tidak lansung telah membuka
minda masyarakat Athena mengenai siapakah pencipta yang sebenar bagi
alam ini. Ianya juga telah mengajar dan mengubah cara pemikiran pemuda-pemuda Athena
mengenai makna kehidupan yang sebenar-benarnya. Cara berfilsafat inilah yang
menyebabkan timbulnya perasaan hasad dengki dalam kalangan Sufusta’iyyun
terhadap Socrates kerana jelas sekali fahaman yang dibawa oleh beliau amat
bertentangan sekali dengan golongan Sufusta’iyyun. Maka golongan sophist ini telah bertindak menghasut golongan
aristokrat supaya menjatuhkan hukuman kepada Socrates atas tuduhan bahawa
Socrates telah meracuni pemikiran pemuda-pemuda Athena. Walaupun begitu,
kematian Socrates tidak menghalang cara filsafatnya dari terus berkembang. Cara
pemikiran beliau ini telah dikembangkan dalam beberapa karya anak muridnya dan
antara yang terkenal ialah Plato dan Aristotle. Sehingga kini, masyarakat
manusia masih mengamalkan beberapa cara pemikiran mengenai kehidupan
sehari-hari sama ada secara sedar atau tidak.
Rujukan
Arthur Kenyon Rogers. 1971. The Socratic Problem.
Printed in the United States of America.
Ab. Latif Muda & Dr. Rosmawati Ali @ Mat Zin.
2009 . Pengantar Ilmu Mantik. Pustaka Salam Sdn.Bhd.
Ahmad Sunawari Long. 2008. Sejarah Falsafah edisi
kedua. Percetakan Watan SDN.BHD. 26, Jalan Daud, Kampung Bharu 50300 Kuala
Lumpur, MALAYSIA.
Donald C. ABEL. Fifty Reading in Philosophy. St.
Norbert College.
Filasafus.blogspot.com/2011/05/retorika-sebagai-seni.
Hugh Tredennick. 1969. From Plato “The Last Days of Socrates”.
Great, Britain.
http://id.wikipedia.org/wiki/socrates
Leonard Nelson. 1949. Socratic Method and Critical
Philosophy. New York Dover Publications, INC.
Mohd Yusof Othman. 1998. Isu-isu Dalam Ilmu dan
Pemikiran.
Prof Dr.Teungku Muhammad Hasbi ash Shiddieqy.
2011. Tafsir an-Nur Al-Quranul Majid (Jilid 2). Terbitan
Cakerawala Publishing
Samuel Enoch. 1988. A History of Philosophy. Printed
in the United States of America.
Victor Ehrenburg. 1973. From Solon to Socrates
“Greek History and Civilization during the sixth and fifth centuries. Printed
in Great, Britain by Richard Clay (The Choucher Press) Ltd, Bungay, Suffolk.
.